-

19.9.09

MINAL ‘AIDIL WAL FAIZIN


Bismillahi walhamdulillah wassolatu wasalamu ‘ala Rasulillahi S.A.W.
Salamullahi ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,
La ilaha illAllahu Wallahu Akbar,
Allahu Akbar Walillahil Hamd”


Salam ‘Eidul Fitri diucapakan kepada semua pihak yang terbabit bermula dari Pengarah PASTI Negeri Pahang,para mu’allimah,ibu bapa,anak didik PASTI dan seterusnya mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menggerakkan PASTI agar terus gagah berdiri sebagai pusat asuhan tunas islam.

Moga kalian semua akan terus menerus memberi sumbangan samada tenaga mahupun wang ringgit.Teruskan membantu untuk menyokong dan mendokong perjuangan PASTI secara khususnya dan perjuangan islam secara amnya.

Harapannya semoga madrasah ramadhan yang dilalui selama sebulan dapat membentuk jiwa-jiwa yang kental dan mampu melawan segala bentuk cabaran terutamanya jihad melawan nafsu.

Moga ramadhan kali ini memberi seribu satu kesan yang positif dalam diri.
Selama sebulan melalui madrasah ramadhan moga akhirnya kita semua dapat memperolehi sijil tertinggi iaitu pangkat ketaqwaan.
Sama-sama kita berdoa agar Allah temukan kita dengan ramadhan akan datang.Ameen Ya Rabb..


No comments:

Post a Comment