1.12.09

Setiausaha MGP Bersalin

Puan Masni, Setiausaha Majlis Guru PASTI Pahang, baru sudah melahirkan anak kembar. Namun kelahiran bayinya yang tidak cukup bulan dan salah seorang anak kembarnya meninggal dunia. Kita doakan agar beliau bersama anaknya selamat dan dipermudahkan segalanya.
Ameen

Mantan Bendahari PASTI Pahang Meninggal Dunia

Jabatan Pendidikan PASTI Pahang mengucapkan takziah kepada Keluarga Allahyarham Cikgu Aris yang meninggal dunia 30 November baru-baru ini. Allayarham merupakan mantan Bendahari PASTI Negeri Pahang era 90-an. Mudahan Allah menempatkan Roh Allahyarham bersama para syuhada'.
Al-Fatihah