20.6.09

Tahniah & Takziah


Tahniah dan Takziah diucapkan buat kontijen Pasti Pahang. Semua atlet dari negeri Pahang telah berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Adat bermain ada kalah dan menang. Walaupun orang kata rezeki tiada, namun alhamdulillah atlet-atlet dapat bermain dengan baik. InsyaAllah di masa-masa mendatang Pahang akan lebih bangkit lagi.. Makluman ringkas : Pasukan bola Jaring kalah di peringkat awal dengan pasukan dari Kelantan dan Kedah.Bola sepak maju sehingga peringkat suku akhir.
Wasalam..

18.6.09

Majlis Sukan Pasti Malaysia

atlet cilik dalam keletihan
Pada 19-20 Jun 2009, akan berlangsung sukan Pasti Malaysia peringkat kebangsaan. Program akan diadakan di Unisel Selangor.Rombongan Kontijen Pasti Pahang terdiri daripada 6 orang Ahli Lembaga Pengarah dan para atlet yang berjumlah seramai 40 orang. Turut serta 6 buah kereta para penjaga kepada ‘atlet’ (anak-anak Pasti) . Atlet Pasti Pahang mewakili acara bola sepak dan bola jaring. Program sukan ini merupakan acara mega Pasti setiap tahun dan dijangka menarik dengan penyertaan dari seluruh Pasti di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

13.6.09

Selamat Datang


AHLAN..


Selamat datang ke laman Pasti Pahang yang baru. Setelah sekian lama, Alhamdulillah laman ini berjaya diwujudkan semula bagi memperkenalkan dan menyampaikan informasi Pasti Pahang khususnya buat semua.
Moga-moga usaha kali ini akan diberkati dan laman ini akan kekal hayatnya..
Wasalam…