7.11.09

PEPERIKSAAN SARINGAN PASTI PERINGKAT KAWASAN-KAWASAN

7.11.2009:
Peperiksaan Saringan PASTI Negeri Pahang peringkat Kawasan Temerloh, Maran dan Bera. Untuk PASTI Kawasan Temerloh, seramai 13 orang pelajar 5 tahun dan 13 orang pelajar 6 tahun terpilih untuk menduduki peperiksaan tersebut. Para Pelajar yang mendapat markah yang tertinggi akan layak menduduki peperiksaan peringkat negeri Pahang di Rompin pada hujung bulan ini.


Mendengar Taklimat dari Muallimah

Tekun menjawab soalan



Tidak sabar menunggu masa habis




Lepas periksa terus dapat hadiah

SAMBUTAN JUBLI PERAK PASTI MALAYSIA

Ahli Rombongan bergambar kenangan di PASTI Kg. Kedai Mulong

30-31hb Oktober 2009 : Seramai 4o orang Kontijen Pasti Pahang telah menghadiri Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia di Kota Bharu Kelantan. Rombongan diketuai oleh Ustaz Azrul Hisham, Timbalan Pengarah PASTI Pahang. Ahli rombongan menginap di PASTI Al Muhammadi Kampung Kedai Mulong. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur. PASTI Pahang telah menyertai Pameran PASTI-PASTI NNegeri dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan-pertandingan terdiri daripada katogeri Pelajar dan Guru. Pertandingan yang disertai oleh guru PASTI Pahang ialah Pertandingan Gubahan tuala, Pertandingan Gubahan buah, Pertandingan Gubahan Telekong. Pertandingan yang disertai pelajar Pahang ialah Pertandingan Membaca Jawi, Pertandingan Membaca Jawi, Pertandingan membaca bahasa melayu dan pertandingan membaca bahasa inggeris. PASTI Pahang hanya mendapat nombor 3 bagi pertandingan Membaca bahasa inggeris.
PASTI pahang mencucapkan jazakumullahukhaira' kathira kepada PASTI Kelantan di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Persiapan Booth Pameran PASTI Pahang

Produk yang dijual oleh PASTI Pahang
Pertandingan Gubahan Telekong

Pertandingan Gubahan Tembikai
Hasil Gubahan Telekong "Kipas Permaisuri"

Peserta cilik PASTI Pahang, Dapat Nombor 3