-

24.1.10

Kalimah Allah pada ikan toman.





Rezeki, Allah yang tentukan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Pada 16 Januari lalu saya telah diberi oleh ayahanda tersayang beberapa ekor ikan hasil tangkapannya di kampung. Semasa cuba menyiang ikan toman terakhir, saya ternampak corak pada ikan toman tersebut mengandungi kalimah yang sangat popular iaitu hampir menyerupai tulisan Allah. Walau bagaimanapun, ikan tersebut telah mati. Akhirnya, hanya gambar sahaja yang dapat dijadikan kenangan. Ikan tersebut selamat dijadikan hidangan makan malam.

No comments:

Post a Comment