-

26.10.09

Mendidik Anak-anak Menurut Islam (Bahagian 2)

Anak-anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan dididik sebaiknya semenjak kecil supaya apabila besar kelak akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta mentaati kedua ibubapanya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Dan ketahuilah,bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.”
(Surah Al-Anfal Ayat 28 )


“Apabila anak Adam meninggal dunia,putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya”
(Al-Hadith)


Umur antara 5-7 tahun

Pada peringkat umur antara 5 hingga 7 tahun adalah satu tempoh masa yang perlu mendapat perhatian yang serius.Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak banyak belajar berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh mereka yang berada disekelilingnya.

Menurut pandangan Islam,anak-anak hendaklah didedahkan dengan latihan menulis,membaca,mengira dan berbahasa.Pada peringkat umur ini,anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu-ilmu seperti:
-Ilmu aqidah
-Ilmu ibadah
-Ilmu akhlak

Dalam bab ibadah misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumaiyyiz hendaklah dilatih cara-cara berwudhuk dan mendirikan sembahyang.

Kanak-kanak juga perlu disemai dan ditanamkan dengan akhlak-akhlak yang mulia seperti:

-Adab terhadap ibubapa
(Memberi kesederan kepada anak-anak tentang pengorbanan ibubapa terhadapnya dan perlu bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibubapa)

-Adab terhadap guru dan orang yang lebih tua
(Menjelaskan kepada anak-anak bahawa guru adalah adalah merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman berpengetahuan daripadanya)

-Adab percakapan
(Melatih anak-anak bercakap benar,sopan santun dan mengucapkan kata-kata yang baik)

-Adab pergaulan dengan rakan sebaya
(Menanamkan sikap tolong menolong dan menjauhi sifat berbangga diri,menyakiti dan mengambil hak orang lain)

-Adab makan dan minum
(Mulakan dengan membasuh tangan,duduk dengan sopan,membaca doa dan makan dengan menggunakan tangan kanan)

-Adab berpakaian
(Memilih pakaian yang menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk)


-Adab sebelum dan selepas bangun dari tidur
(Sebaiknya tidur mengadap kiblat dan mengiring ke kanan dan bersihkan diri sebelum dan Selepas bangun dari tidur)

-Adab masuk dan keluar tandas
(Diajar cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa,menutup kepala dan masuk dengan kaki kiri)

Kebiasaannya kanak-kanak begitu sensitif dengan pendengarannya,ia mudah meniru atau terikut-ikut dengan apa yang didengarnya.Oleh itu,jika ibubapa mahu menegur atau memarahi anak-anak hendaklah dengan menggunakan bahasa yang paling sopan dan menjauhkan atau mengelakkan dari menggunakan bahasa yang kesat,kasar dan keras.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…”
(An-Nahl Ayat125)

Ajak anak kepada perubahan diri menggunakan kaedah yang berhikmah dan nasihat yang baik. Sehingga anak terdidik dengan rasional, sopan santun, akhlak, budi pekerti, dan semangat berbuat baik yang datang dari dalam diri, bukannya perlu dipaksa-paksa dan dimarah-marah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kalian kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”
(Surah Thaha Ayat 43-44)



Kepada Firaun yang begitu zalim pun Allah menyuruh Nabi Musa dan Harun untuk berbicara dengan lemah lembut, apatah lagi dengan anak sendiri? Bagaimana Musa berkata kepada Fir’aun?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan katakanlah (kepada Firaun), “Adakah kamu mempunyai keinginan membersihkan diri dan aku akan menunjukkan padamu jalan menuju kepada Tuhanmu supaya engkau takut kepadanya.”"
(Surah An-Naziat Ayat 18-19)

Maka, perhalusilah setiap perkara ini dan bertindaklah membentuk keluarga yang positif, berkasih sayang dan harmoni.Perkembangan intelek,emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi dalam tempoh tersebut.

Oleh itu,untuk menyempurnakan tugas ibubapa,taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk dan seterusnya melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat dan bakal menjadi pemimpin unggul pada masa hadapan.

SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN 25 TAHUN PASTI MALAYSIA DI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Jumaat

Masa 8.00 – 9.00 pagi

Pendaftaran peserta
di PUTIK
10.30 petang
Majlis Perasmian Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia
Oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan
Di Perkarangan Stadium
2.30 petang
Pertandingan Membaca Rumi, Jawi dan Bahasa Inggeris (Antara PASTI Negeri)
Di Perkarangan Stadium
3.00 petang
Lawatan ke gerai pameran
Di Perkarangan Stadium
5.00 petang
Perlawanan Persahabatan Bolasepak di antara ALP PASTI Malaysia dengan
DPPN Kelantan di Stadium
9.00 malam
Ceramah Perdana Di Perkarangan Stadium Oleh :
· YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS,
· YB Dato’ Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
· YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat
· YBHg Ustaz Haji Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
· YB Muhamad Zaki Haji Ibrahim, Setiausaha badan Perhubungan PAS Kelantan
SABTU / 31 Oktober 2009
8.00 pagi
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung KOPASTI
di Hotel Raudhah Oleh YB Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian Dan Sumber Manusia Kelantan
10.00 pagi
Perjumpaan Alumni PASTI dan Penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni PASTI Malaysia
di Hotel Raudhah
10.00 pagi
Acara Pertandingan Dan Persembahan di Perkarangan Stadium
· Pertandingan gubahan telekung, tuala dan buah tembikai (Antara MGP Negeri)
· Persembahan Khutbah (oleh johan Khutbah Majlis Ihtifal)
· Persembahan Pidato (oleh johan Pidato Majlis Ihtifal)
· Persembahan Bercerita (oleh johan Bercerita Lelaki & Perempuan Majlis Ihtifal)
· Persembahan Nasyid (oleh johan Nasyid Majlis Ihjtifal)
· Persembahan Azan (oleh johan Azan Majlis Ihtifal)
· Persembahan Sajak (oleh johan Pertandingan Sajak Lelaki & Perempuan )
· Persembahan Hafazan (oleh johan Hafazan Lelaki & Perempuan Majlis Ihtifal
· Pertandingan Mewarna (4 Tahun, 5 & 6 Tahun, 7-9 Tahun) - terbuka
· Pertandingan Melukis (10-12 Tahun) - terbuka
· Cabutan bertuah
12.00 tengahari
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah di Perkarangan Stadim
Aturcara Penuh Majlis Perasmian
· Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
· Bacaan Ayat Suci
· Ucapan YBhg Azrin Ab Majid, Ketua Pengarah PASTI Malaysia
· Ucapan Perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
· Pelancaran Baju Rasmi PASTI, Kurikulum KAFFAH dan Alumni PASTI
· Penyampaian Anugerah Perintis PASTI
· Penyampaian Anugerah Tokoh 25 Tahun PASTI Malaysia
· Ucapan Tokoh
Aturcara Penuh Majlis Penutup
· Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
· Ucapan, YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengarah PASTI Negeri Kelantan
· Ucapan YBhg Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
· Ucapan Perasmian Penutup
· Penyampaian hadiah pertandingan membaca dan gubahan
· Penyampian anugerah-anugerah
§ Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat
§ Anugerah Organisasi – Negeri Terbaik
§ Anugerah Organisasi – Kawasan Terbaik
§ Anugerah 3K
§ Anugerah Penggerak-penggerak PASTI
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan ini.

11.10.09

JAMUAN RAYA PASTI KAWASAN TEMERLOH


Naib Ketua Pemuda Kawasan Temerloh (duduk) khusyuk menjamu selera sambil diperhatikan Setiausaha Pemuda Kawasan TemerlohSetiausaha Pemuda Kawasan & Timbalan Ketua Pemuda Kawasan Temerloh sedang mengambil hidangan
Timbalan Ketua Pemuda Kawasan Temerloh & Naib Ketua Pemuda Kawasan Temerloh
Guru-Guru PASTI dan Keluarga mengambil hidangan
Suasana ketika jamuan

5.10.09

JAMUAN HARI RAYA MGP TEMERLOH

Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Temerloh akan mengadakan jamuan hari raya pada 11 Oktober 2009 jam 3.30 petang bertempat di Pejabat PASTI Negeri Pahang, Taman Sri Indera Temerloh. Semua Warga PASTI dijemput hadir.

Barisan Guru-Guru PASTI Kawasan Temerloh bersama Pengarah PASTI Negeri Pahang

Program KAFFAH Terkini

Jabatan Pendidikan PASTI Pahang akan menghantar dua orang guru KAFFAH ke Bengkel Modul Pengajaran dan jamuan raya Sektor Kaffah Pusat pada 10 dan 11 Oktober bertempat di bangunan Wisma PASTI Pusat, Gombak.

Suasana dalam bengkel KAFFAH di Wisma PASTI Pusat

KAFFAH DI PAHANG

Kelas perintis KAFFAH di negeri Pahang telah mula dijalankan di PASTI Aqliah, Kg Paya Pulai Temerloh. Bermula dengan 15 orang pelajar dengan 2 orang tenaga pengajarnya. Projek perintis ini dibawah seliaan penuh Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Pahang. Kelas KAFFAH ini telah berdaftar dengan Sektor KAFFAH Pusat pada bulan Mei tahun 2009. Unit Sektor KAFFAH Pusat dari masa ke semasa memberi pendedahan, kursus dan bengkel kepada tenaga pengajar.

Pelajar perintis KAFFAH bersama Pengarah KAFFAH Negeri

Jamuan Hari Raya Pelajar KAFFAH, turut sama Pengarah KAFFAH Negeri Pahang

KAFFAH terbuka untuk pelajar lepasan PASTI, bermula dari darjah satu sehingga enam. Dalam KAFFAH, para pelajar didedahkan dengan mata pelajaran :

-Pengajian al Quran Sunnah dan Tahfiz

-Fiqh Syahadah

-Fiqh Taharah

-Fiqh Solat

-Sains Kaffah Rabbani

-Math Kaffah Rabbani

-Pendidikan Bahasa

-Pendidikan Tulisan Jawi

2.10.09

Saguhati Raya

Pengerusi Majlis Guru PASTI Pahang, Puan Husna Yacob menerima sumbangan bagi pihak guru-guru PASTI

Sempena Syawal yang menjelang, Semua Warga pendidik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pahang yang berjumlah seramai 179 orang menerima sumbangan duit raya bagi menghargai jasa mereka yang berusaha gigih mendidik anak bangsa menghayati Islam.


Sumbangan yang berjumlah RM 12 000 telah disampaikan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam suatu majlis khas yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang.


Dato' Tuan Ibrahim dalam ucapannya melahirkan rasa bangga terhadap kesungguhan guru Pasti melaksanakan tanggung-jawab walaupun imbuhan yang diterima terlalu kecil jika dibandingkan jasa yang dicurahkan.