-

Showing posts with label Pengarah.. Show all posts
Showing posts with label Pengarah.. Show all posts

13.1.12

SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT (KAWAN)


Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan PASTI diminta melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Kawasan dan juga Lajnah Pendidikan PAS Negeri. Lajnah Pendidikan PAS Pahang akan melancarkan SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT (KAWAN) pada 15 Jan. 2012 sebagai satu usaha untuk mengumpulkan para pendidik dan penggerak institusi pendidikan bagi membantu meningkatkan prestasi pengurusan dan pencapaian pendidikan Islam. Selain daripada itu adalah diharapkan semua pendidik dan bekas pendidik membantu pihak sekolah aliran biasa meningkatkan kesedaran dan amalan terhadap Islam di kalangan guru-guru dan juga pelajar. Diharapkan dengan usaha ini, semua pihak dapat membantu melahirkan modal insan yang cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.

20.12.11

LAWATAN KERJA PASTI MALAYSIA KE PAHANG.


PASTI MALAYSIA akan mengadakan Lawatan Kerja ke Pahang pada 25 Disember 2011. Berikut adalah aturcara program :
08.45 pagi : Pendaftaran.
09.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi.
09.05 pagi : Pembentangan PASTI Pahang oleh Pengarah PASTI Pahang.
10.00 pagi : Pembentangan Halatuju PASTI Malaysia oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
11.30 pagi : Sesi soal jawab.
12.00 tgh : Makan tengahari dan bersurai.
Sasaran peserta ialah semua ALP PASTI Pahang, AJK MGP Pahang dan semua pengurus PASTI Cawangan. Pada hari tersebut juga akan diedarkan Buku Manual Pengurusan PASTI untuk semua yang terlibat dengan pengurusan di setiap peringkat dengan harga RM 8 senaskah.

17.12.11

HARI ANUGERAH PASTI MALAYSIA 2011


17 Disember 2011 merupakan hari bersejarah bagi PASTI Al Hikmah, Kuantan apabila telah dinobatkan sebagai naib johan Anugerah 3K PASTI Malaysia 2011. Gambar kiri menunjukan pengurus dan ajk PASTI Al Hikmah sedang menerima hadiah, sijil dan wang tunai . Bagi adik Nurul Aliyyah bt. Shamsul Bahari (5 tahun) dan adik Nur Shakinah bt. Abd Manaf (6 tahun) juga menerima hadiah, sijil dan wang tunai dalam majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak. Tahniah di atas kejayaan semua.



Lawatan Rasmi PASTI Pahang ke Kawasan Bera.


PASTI Pahang telah membuat lawatan rasmi ke PASTI Kawasan Bera pada 15 Disember 2011 yang lepas. Dalam program tersebut, acara dimulakan dengan sesi penerangan oleh pengarah PASTI Pahang dan perbincangan berkaitan dengan pengurusan PASTI. Lebih 20 peserta menghadiri program tersebut yang terdiri dari AJK PASTI Kawasan, Pengurus PASTI Cawangan-Cawangan dan Guru-Guru Pasti Kawasan Bera. Di antara yang komitmen dengan pengurusan PASTI di peringkat cawangan ialah Ustaz Sulaiman selaku YDP Kawasan Bera. Program berakhir dengan lawatan ke PASTI Al Mawardi yang akan mula beroperasi awal Januari tahu 2012. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama Pengerusi PASTI Kawasan Bera En. Zahidi b. Mokhtar.

6.12.11

Pelajar Terbaik PASTI Pahang 2011.



Adik Nurul Aliyyah Bt. Shamsul Bahari (atas) telah berjaya sebagai pemenang bagi kategori 5 tahun dengan mendapat markah 87 peratus. Manakala adik Nur Shakinah Bt. Abd Manaf (bawah) pula telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik kategori 6 tahun dengan markah sebanyak 90 peratus. Mereka telah berjaya menjawab soalan-soalan yang merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Jawi dan Al Quran. Tahniah dan semoga berjaya dalam pemilihan pelajar terbaik PASTI Malaysia yang diadakan 17 Disember 2011 nanti.

20.11.11

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI AQLIAH DAN KAFFAH AQLIAH 2011


TAHNIAH.. diatas usaha dan pengorbanan pihak pengurusan dan guru-guru yang berjaya menjadi contoh yang baik pada masyarakat dan warga PASTI seluruh Malaysia. Gambar menunjukkan Pengarah PASTI Pahang, Ahli Lembaga Pengurusan dan guru-guru PASTI Aqliah dan KAFFAH Aqliah Temerloh semasa menghadiri Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2011.

5.11.11

SELAMAT MENYAMBUT IDULADHA.


Kepada seluruh warga PASTI Pahang, saya mengucapkan Selamat Menyambut Iduladha 2011. Semoga pengorbanan tuan/puan selama ini diterima dan diberkati Allah sw.t. Teruskan pengorbanan itu dan yakinlah kebenaran hanyalah dariNya.

17.9.11

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2011.

Tahniah kepada semua kontijen Pahang dalam Pertandingan Alam Ria Pasti Malaysia 2011. Beberapa peserta Pahang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.
1. Naib Johan Hafazan : Adik Falah Biruni b. Mohd Fadzley (Rompin)
2. Ketiga Nasyid : Kumpulan Nasyid (Paya Besar)
3. Ketiga Bercerita Lelaki : Adik Muhd Luqmanulhakim b. Sulaiman (Kuantan)
4. Ketiga Bercerita Perempuan : Adik Muna Izzatul Iman bt. Muhamad farid (Temerloh).

12.9.11

KEPUTUSAN PERTANDINGAN ALAM RIA PASTI PAHANG 2011.

Tahniah kepada semua peserta, guru-guru, penganjur, ibubapa dan semua pihak yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Keputusan penuh johan setiap kategori :

1. Nasyid : Paya Besar.
2. Khutbah : Rompin.
3. Bercerita L : Kuantan.
4. Bercerita P : Temerloh.
5. Pidato : Temerloh.
6. Sajak L : Paya Besar.
7. Sajak P : Indera Mahkota.
8. Hafazan L : Rompin.
9. Hafazan P : Rompin.
10. Azan : Kuantan.

Semoga berjaya di Pertandingan Alam Ria PASTI Malaysia di Kuala Kangsar, Perak.

10.9.11

ALAM RIA PASTI PAHANG 2011.

Assalamualaikum wrt.

Selamat Bertanding dalam Pertandingan Alam Ria PASTI Pahang 2011. Untuk makluman kepada semua Ahli Lembaga Pengarah, Pengerusi PASTI Kawasan, Majlis Guru PASTI, ibubapa dan semua pihak yang terlibat, program tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 11 September 2011.
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang.
Tempat : SRI. Irsyad, Kuantan, Pahang.

Tahniah kepada semua anak-anak PASTI yang berjaya mewakili kawasan masing-masing. Semoga berjaya dengan cemerlang.

14.3.10

BUKU ADMINISTRASI JABATAN PASTI PAHANG 2010.

Jabatan PASTI Pahang telah mengeluarkan Buku Administrasi untuk dijadikan panduan semua Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pahang tahun 2010. Diharapkan ianya dapat membantu dalam memberi penerangan berkaitan hala tuju, perjalanan dan perkembangan PASTI di negeri Pahang.