-

23.3.12

ALP PAHANG

Sebahagian Alp Pahang hadir untuk persiapan Sambutan Hari Guru PASTI M'sia di Cameron Highlands untuk persiapan tempat..
moga dapat menjalankan Amanah dengan baik...

5.2.12

Sambutan Maulidurrasul PASTI Akliah Temerloh.


Kemeriahan sambutan Maulidurrasul PASTI Akliah sangat bermakna dengan kehadiran ibubapa, guru-guru, ahli lembaga pengarah PASTI Pahang dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor KAFFAH PASTI Malaysia. Program bermula dengan selawat, ucapan dan persembahan murid- murid Pasti dan KAFFAH. Tahniah kepada semua pihak kerana bersatu hati menjayakanprogram ini.

26.1.12

Lawatan rasmi PASTI Pahang ke PASTI Kawasan Pekan.


27 Jan.2012 (Jumaat) PASTI Pahang meneruskan program lawatan rasmi ke PASTI Kawasan Pekan. Turut hadir dalam meraikan lawatan tersebut ialah Pengerusi PASTI Kawasan Pekan dan Pengurus PASTI Al Husna. Seramai 5 orang guru yang hadir untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan perkembangan PASTI terkini.

Lawatan Rasmi PASTI Pahang ke Maran.



PASTI Pahang telah mengadakan lawatan rasmi ke PASTI Kawasan Maran pada 26 Jan. 2012. Program tersebut bermula jam 2.00 petang di pejabat PAS kawasan Maran. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Maran. Seramai 12 orang guru PASTI dan 11 orang ajk PASTI Kawasan yang hadir.

13.1.12

SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT (KAWAN)


Semua pihak yang terlibat dengan pendidikan PASTI diminta melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Kawasan dan juga Lajnah Pendidikan PAS Negeri. Lajnah Pendidikan PAS Pahang akan melancarkan SUKARELAWAN PENDIDIKAN RAKYAT (KAWAN) pada 15 Jan. 2012 sebagai satu usaha untuk mengumpulkan para pendidik dan penggerak institusi pendidikan bagi membantu meningkatkan prestasi pengurusan dan pencapaian pendidikan Islam. Selain daripada itu adalah diharapkan semua pendidik dan bekas pendidik membantu pihak sekolah aliran biasa meningkatkan kesedaran dan amalan terhadap Islam di kalangan guru-guru dan juga pelajar. Diharapkan dengan usaha ini, semua pihak dapat membantu melahirkan modal insan yang cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.

20.12.11

LAWATAN KERJA PASTI MALAYSIA KE PAHANG.


PASTI MALAYSIA akan mengadakan Lawatan Kerja ke Pahang pada 25 Disember 2011. Berikut adalah aturcara program :
08.45 pagi : Pendaftaran.
09.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi.
09.05 pagi : Pembentangan PASTI Pahang oleh Pengarah PASTI Pahang.
10.00 pagi : Pembentangan Halatuju PASTI Malaysia oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
11.30 pagi : Sesi soal jawab.
12.00 tgh : Makan tengahari dan bersurai.
Sasaran peserta ialah semua ALP PASTI Pahang, AJK MGP Pahang dan semua pengurus PASTI Cawangan. Pada hari tersebut juga akan diedarkan Buku Manual Pengurusan PASTI untuk semua yang terlibat dengan pengurusan di setiap peringkat dengan harga RM 8 senaskah.

17.12.11

HARI ANUGERAH PASTI MALAYSIA 2011


17 Disember 2011 merupakan hari bersejarah bagi PASTI Al Hikmah, Kuantan apabila telah dinobatkan sebagai naib johan Anugerah 3K PASTI Malaysia 2011. Gambar kiri menunjukan pengurus dan ajk PASTI Al Hikmah sedang menerima hadiah, sijil dan wang tunai . Bagi adik Nurul Aliyyah bt. Shamsul Bahari (5 tahun) dan adik Nur Shakinah bt. Abd Manaf (6 tahun) juga menerima hadiah, sijil dan wang tunai dalam majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak. Tahniah di atas kejayaan semua.