-

20.12.11

LAWATAN KERJA PASTI MALAYSIA KE PAHANG.


PASTI MALAYSIA akan mengadakan Lawatan Kerja ke Pahang pada 25 Disember 2011. Berikut adalah aturcara program :
08.45 pagi : Pendaftaran.
09.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi.
09.05 pagi : Pembentangan PASTI Pahang oleh Pengarah PASTI Pahang.
10.00 pagi : Pembentangan Halatuju PASTI Malaysia oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
11.30 pagi : Sesi soal jawab.
12.00 tgh : Makan tengahari dan bersurai.
Sasaran peserta ialah semua ALP PASTI Pahang, AJK MGP Pahang dan semua pengurus PASTI Cawangan. Pada hari tersebut juga akan diedarkan Buku Manual Pengurusan PASTI untuk semua yang terlibat dengan pengurusan di setiap peringkat dengan harga RM 8 senaskah.

17.12.11

HARI ANUGERAH PASTI MALAYSIA 2011


17 Disember 2011 merupakan hari bersejarah bagi PASTI Al Hikmah, Kuantan apabila telah dinobatkan sebagai naib johan Anugerah 3K PASTI Malaysia 2011. Gambar kiri menunjukan pengurus dan ajk PASTI Al Hikmah sedang menerima hadiah, sijil dan wang tunai . Bagi adik Nurul Aliyyah bt. Shamsul Bahari (5 tahun) dan adik Nur Shakinah bt. Abd Manaf (6 tahun) juga menerima hadiah, sijil dan wang tunai dalam majlis tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak. Tahniah di atas kejayaan semua.



Lawatan Rasmi PASTI Pahang ke Kawasan Bera.


PASTI Pahang telah membuat lawatan rasmi ke PASTI Kawasan Bera pada 15 Disember 2011 yang lepas. Dalam program tersebut, acara dimulakan dengan sesi penerangan oleh pengarah PASTI Pahang dan perbincangan berkaitan dengan pengurusan PASTI. Lebih 20 peserta menghadiri program tersebut yang terdiri dari AJK PASTI Kawasan, Pengurus PASTI Cawangan-Cawangan dan Guru-Guru Pasti Kawasan Bera. Di antara yang komitmen dengan pengurusan PASTI di peringkat cawangan ialah Ustaz Sulaiman selaku YDP Kawasan Bera. Program berakhir dengan lawatan ke PASTI Al Mawardi yang akan mula beroperasi awal Januari tahu 2012. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama Pengerusi PASTI Kawasan Bera En. Zahidi b. Mokhtar.

6.12.11

Pelajar Terbaik PASTI Pahang 2011.



Adik Nurul Aliyyah Bt. Shamsul Bahari (atas) telah berjaya sebagai pemenang bagi kategori 5 tahun dengan mendapat markah 87 peratus. Manakala adik Nur Shakinah Bt. Abd Manaf (bawah) pula telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik kategori 6 tahun dengan markah sebanyak 90 peratus. Mereka telah berjaya menjawab soalan-soalan yang merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Jawi dan Al Quran. Tahniah dan semoga berjaya dalam pemilihan pelajar terbaik PASTI Malaysia yang diadakan 17 Disember 2011 nanti.