-

31.1.10

Perutusan Pertama Mursyidul Am Ikhwan Muslimin


Risalah dari DR. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 21-01-2010


Ikhwah dan akhwat yang dimuliakan ..


Asslamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh


Inilah risalah pertama yang ingin saya sampaikan kepada kalian, dari posisi yang mana kalian telah memberikan amanah kepada saya, yang pada hakikatnya telah memberikan kepada saya beban yang berat ini; sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Abu Bakar dengan penuh tawadhu’;


وُليت عليكم ولست بخيركم، أطيعوني ما أطعت الله فيكم
“Aku diberi amanah, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dari kalian, taatlah kepadaku selama aku penitahkan kalian untuk taat kepada Allah dalam diri kalian” ..


Dan yang kami harapkan pada itu semua adalah doa kalian; semoga dengan keberkatanNya kita akan menjadi orang yang terbaik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh nabi saw:


خير أمرائكم الذين تدعون لهم ويدعون لكم
“Sebaik-sebaik pemimpin kalian adalah yang kalian doakan kebaikan untuk mereka dan mereka mendoakan kebaikan untuk kalian”.


Bahawa syura, struktur dan thiqah merupakan bahagian ujian rabbani yang tepat benar dalam jiwa para ikhwah dan akhwat di semua tingkatan dan levelnya .. syura bagi kami merupakan salah satu surat dalam Al-Qur’an, salah satu kewajiban Islam, salah satu akhlak dan perilaku yang memerlukan adanya pelaksanaan dan penerapan di semua tingkat dan level serta sebagai mekanisme terbaru yang digunakan untuk melakukan proses penilaian pendapat dan pemilihan dalam mengganti posisi pemimpin dan pemikul tanggungjawab.


Dan kalian telah menyaksikan keteladanan yang telah disajikan oleh Mursyid Am ketujuh; Ustaz Muhammad Mahdi Akif, yang semuanya telah menjadi bersinar-sinar dalam sikapnya yang mendalam terhadap konsep-konsep dan nilai-nilai, dan membantah segala kebohongan dan fitnah yang diarahkan atasnya dan atas jamaah kita yang penuh berkah ini. Dan kami tidak membantah kepada mereka yang mengatakan bahawa ikhwanul Muslimin menuntut adanya demokrasi, sebagaimana kami tidak membantah adanya berbagai pandangan dan pernyataan negatif terhadap kami; kerana kami para aktivis yang selalu bekerja, dan jika berada pada satu sikap seperti itu maka nescaya Allah melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.


Sungguh kita telah melewati masa-masa yang memiliki keinginan yang banyak, berbagai peristiwa yang telah berlalu tidak akan mengguncang fondasi (asas yang kuat) jamaah, merobohkan bangunannya, dan mereka menduga atas kami dengan berbagai praduga (anggapan) yang buruk. Namun Al-Hamdulillah (segala puji bagi Allah) dengan adanya rukun thiqah terhadap qiyadah, terhadap janji Allah, dan perasaan adanya naungan Allah atas jamaah ini, manhajnya yang bersih, dan prosedurnya yang murni; sehingga mampu memberikan perlindungan –berkat kurnia Allah- atas jamaah ini dari berbagai fitnah, meluruskan berbagai kesalahan dan kekeliruan, menyempurnakan yang kurang dengan berlandaskan cinta kasih kerana Allah, tanpa ada friksi (perpecahan) dan faksi (kelompok di suatu parti politik) yang dapat mendorong melakukan penentangan dan pertikaian yang tercela dan fanatisme (keyakinan, kepercayaan), atau ingin menang sendiri atau mengikuti hawa nafsu belaka.


Jika ini yang kalian saksikan di tingkat qiyadah (pemimpin) dalam satu urusan dan perkaranya yang sangat monumental (menimbulkan kesan) dan sangat penting yang terjadi dalam tubuh jamaah yang penuh berkah ini, adalah merupakan kinerja (sesuatu yang dicapai) yang patut dibanggakan; dan oleh karena itu wajib bagi kita untuk menerapkan ini pada semua tingkatan dan levelnya.


Dalam pertemuan terbatas antara ikhwah dalam usrah mereka, syura menjadi salah satu rukun (pilar) dalam membangun kepribadian Islam yang independent (merdeka) dan bebas, terutama dalam mengungkapkan pendapat dan idea, dan memberikan nasihat dengan berharap menggapai redha Allah SWT. Kerana orang yang tidak memiliki kebebasan dalam menyampaikan pendapat tidak akan mampu membebaskan negeri mereka sendiri; kerana bebasnya suatu negeri dari berbagai kekuasaan militer (ketenteraan), politik, ekonomi, atau ideologi merupakan satu misi utama Ikhwan, dan sebuah kemerdekaan tidak akan mampu diraih kecuali dengan melakukan -pertama kali- kebebasan jiwa setiap insan dari berbagai belenggu.. kerana itu marilah kita mulai dari diri kita masing-masing, marilah berusaha untuk menerapkan syura di semua tingkatan dan levelnya; kerana hal tersebut membutuhkan(memerlukan) latihan dan kesabaran untuk mendengar pendapat dan saranan orang lain, menyemak nasihat yang merupakan inti agama, dan ia merupakan milik para pemimpin sebelum umat Islam secara umum.


Marilah kita wujudkan pembaharuan darah ini, dengan melatih para pemimpin dan meningkatkan kapabilitasnya (kualiti) guna meneruskan saya oleh kalian yang memiliki cita-cita dan visioner (wawasan ke depan), saf pertama kemudian yang datang selanjutnya, saf kedua kemudian yang datang selanjutnya, lalu mempersiapkan tiga shaf yang siap menjadi qiyadah; karena mempersiapkan pionir (penganjur) yang mumpuni (mampu melaksanakan tugas dengan baik) secara syar’i dan khusus sangat dibolehkan dalam ibadah solat, sekalipun belum mendapatkan taklif(beban) namun mempersiapkan pemimpin dalam ibadah merupakan misi yang harus dilalui dengan berbagai proses.


كونوا عبادًا قبل أن تكونوا قوادًا، تصل بكم العبادة إلى أفضل قيادة
“Jadilah kalian hamba Allah sebelum kalian menjadi qiyadah (pemimpin), sehingga dengan ibadah akan menyampaikan kalian pada qiyadah yang lebih baik” sebagaimana yang pernah disampaikan oleh imam Al-Banna.


Kerana ada yang beranggapan bahwa stabilitas (kestabilan) tidak akan terwujud kecuali kerana adanya kejumudan dan tidak adanya perubahan; padahal tubuh yang sihat dan prima (pertama) adalah tubuh yang darahnya selalu mengalir dan terus memperbaharui sel-sel yang ada di dalamnya, namun ketika aliran darah terhenti dan sel-selnya vakum dari melakukan aktivitas (aktiviti); maka hal demikian bukan dianggap sebagai stabilitas, namun sebagai penyakit kematian, naudzubillah.


Inilah jamaah kalian yang berkat kurnia Allah mampu tampil dengan penuh vitalitas, kekuatan penuh dan azam yang kuat untuk bergerak pada jalan yang lurus, pada tsawabit yang sama dan pada nilai-nilai yang direguk oleh pendirinya Imam Syahid Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya- dengan bersandarkan pada Al-Qur’an dan Sunnah, dan begitu pula yang telah direguk oleh para mursyid am (pemimpin) terdahulu, serta pengorbanan orang-orang yang sabar baik dari laki-laki mahu pun wanita dari anggota jamaah ini dengan apa yang mereka miliki; untuk dapat mempertahankan dakwah Allah tetap tinggi panji-panjinya, memiliki kewibawaan dan kekuatan, sehingga dapat tersebar banyak kebaikan di berbagai pelosok negeri.


وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
Dan hanya milik Allah kekuatan dan kemuliaan dan juga milik Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman”. (Al-Munafiqun: 8)


Allah Maha besar dari segala kesulitan…
Segala puji hanya milik atas segala sesuatunya..


Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh

25.1.10

ATURCARA MAJLIS ANUGERAH MURID CEMERLANG 2009

9.30 pagi Ketibaan tetamu

9.45 pagi Ketibaan Perasmi

10.00 pagi Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Bacaan Ayat Suci Al Quran
Persembahan Murid PASTI
Ucapan Ketua Pengarah PASTI Malaysia
Ucapan Perasmian oleh YBhg Ustaz Nasruddin Hassan
Penyampaian anugerah-anugerah Murid Cemerlang 2009

Sesi Fotografi

Jamuan

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PASTI MALAYSIA 2010

Assalammu'alaikum wr. wbth.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majllis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 akan diadakan pada :-

Tarikh : 30 Januari bersamaan 14 Safar 1431 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi hingga 2 petang
Tempat : Main Auditorium , Kompleks E3,
Kulliyyah of Engineering,
International Islamic University Malaysia ,
Jalan Gombak , 53100 Kuala Lumpur .


aturcara seperti dilampirkan.
sekian , terima kasih.

24.1.10

Kalimah Allah pada ikan toman.





Rezeki, Allah yang tentukan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Pada 16 Januari lalu saya telah diberi oleh ayahanda tersayang beberapa ekor ikan hasil tangkapannya di kampung. Semasa cuba menyiang ikan toman terakhir, saya ternampak corak pada ikan toman tersebut mengandungi kalimah yang sangat popular iaitu hampir menyerupai tulisan Allah. Walau bagaimanapun, ikan tersebut telah mati. Akhirnya, hanya gambar sahaja yang dapat dijadikan kenangan. Ikan tersebut selamat dijadikan hidangan makan malam.

21.1.10

Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh

1. Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah.
2. Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
3. Tutup segala ruang buat syaithan menguasai mindad
4. Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
5. Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
6. Dengar dan taat arahan pimpinan .
7. Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
8. Hormati pandangan sahabat seperjuangani
9. Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .
10. Memuktamadkan keputusan melalui sistem syura.

(Petikan dari ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat)

20.1.10

Mesyuarat Jabatan PASTI Pahang kali ke 8.

Untuk makluman semua ALP PASTI Pahang, mesyuarat penuh akan diadakan pada :

Tarikh : 24 Januari 2010.
Masa : 10.00 pagi.
Tempat : Pejabat PASTI Pahang, Temerloh.

Semua Pengerusi PASTI Kawasan-Kawasan diminta membawa :

1. Semua maklumat terkini berkaitan dengan PASTI kawasan masing-masing.
2. Yuran Pengurusan dan bayaran buku.
3. Borang dan yuran tabung kebajikan.
4. Laporan aktiviti.
5. Tempahan baju seragam PASTI.

Mana-mana kawasan yang belum mengambil buku 5 tahun, bolehlah berbuat demikian pada hari tersebut.

18.1.10

Rumah Pengerusi PASTI Kawasan Maran Terbakar.




Maran – Pada 10 Januari 2010, rumah Pengerusi PASTI Kawasan Maran En. Mohd Mustafa bin Ismail telah terbakar menyebabkan beliau tinggal sehelai sepinggang. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, beliau hanya dapat menyelamatkan kesemua anak-anak dan isterinya serta dokumen pengenalan diri. Kebakaran dikenalpasti berpunca dari litar pintas pendawaian elektrik. Beliau yang mempunyai 7 orang anak kini menumpang sementara di rumah bapa angkatnya di kawasan yang berhampiran. Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada beliau, boleh melalui akaun Jabatan PASTI Pahang No. Akaun BIMB 06028010023359.

12.1.10

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pahang 2010.

PENGARAH : ROZLAN BIN YAAKUB.
TIM. PENGARAH I : MUZIR BIN MAHMUD
TIM. PENGARAH II : UST. AZRUL HISYAM B. SALLEH
TIM . PENGARAH III : IBRAHIM B. SULON
WAKIL DMP PAHANG : PN. ALAWIYAH BT. KASDAN
SETIAUSAHA : UST. AHMAD BADRI BIN TALIB
PENOLONG SETIAUSAHA : SALLEH B. CHIK
BENDAHARI : ROZLAN BIN YAAKUB (memangku)
PENOLONG BENDAHARI : UST. KHAIRULZAMAN B. MOHD NOR
KETUA UNIT PENDAFTARAN & REKOD : UST.AHMAD BADRI BIN TALIB
KETUA UNIT KEBAJIKAN : CIK SITI NORSHUHADA’ BT. MAHMUD.
KETUA UNIT LATIHAN DAN R & D : IBRAHIM B. SULON
KETUA UNIT K4T : MUZIR BIN MAHMUD
KETUA UNIT PENAZIRAN : UST. KAMARULZAMAN B. MD ISA
KETUA UNIT KAFFAH : UST. AZRUL HISYAM B. SALLEH
KETUA UNIT EKONOMI : PN. HUSNA BT. YAACOB
KETUA UNIT ICT DAN DOKUMENTASI : UST. AZRAIE B. SABALLAH
KETUA UNIT SUKAN : HJ. ZAIDAN B.HUSAIN
KETUA UNIT KOKURIKULUM : MOHD SABRI B. SALLEH
KETUA UNIT PENILAIAN : UST. MOHD ZAIN B. OMAR.
KETUA UNIT PENERANGAN : MOHD NASIR B. MAMAT
KETUA UNIT TARBIYYAH : UST. MOHD FADILAH B. HUSSIN
KETUA UNIT PERHUBUNGAN : YOUSLYIDDY B. DESA
PENGERUSI PASTI LIPIS : HASBULLAH B. LUDIN
PENGERUSI PASTI JERANTUT : YOUSLYIDDY B. DESA
PENGERUSI PASTI PEKAN : UST. MOHD FADILAH B. HUSSIN
PENGERUSI PASTI BERA : MOHD ZAHIDI B. MOKHTAR.
PENGERUSI PASTI PAYA BESAR : HJ. ZAIDAN B.HUSAIN
PENGERUSI PASTI KUANTAN : MUZIR BIN MAHMUD
PENGERUSI PASTI BENTONG : MOHD ZAMRI B. NONG
PENGERUSI PASTI ROMPIN : EN. ABD AZIZ B. ABD HAMID
PENGERUSI PASTI I. MAHKOTA : ZU BIN MAT AIL
PENGERUSI PASTI KUALA KRAU : MUHAMMAD SYAFIE B. MD ESA.
PENGERUSI PASTI TEMERLOH : UST. AZRUL HISYAM B. SALLEH
PENGERUSI PASTI RAUB : MOHD SABRI B. SALLEH
PENGERUSI PASTI MARAN : MOHD NAJIB B. IBRAHIM
PENGERUSI MGP PAHANG : PN. HUSNA BT. YAACOB
TIM. KETUA MGP PAHANG : PN. ZALIHA BT. JAAFAR
SETIAUSAHA MGP PAHANG : CIK SYUHADA
BENDAHARI MGP PAHANG : PN. LITAA BT ARI

10.1.10

Selamat Tahun Baru.

Saya yang diamanahkan sebagap Pengarah Jabatan PASTI Pahang mengucapkan salam Tahun Baru 1431H dan salam Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pahang, Majlis Guru PASTI dan semua warga PASTI Pahang di atas perlaksanaan dan tindakan yang telah diberikan pada tahun 2009. Kepada ALP yang baru dilantik, saya mengucapkan selamat membantu dalam meneruskan misi perjuangan yang penuh cabaran ini. Adalah diharapkan agar semua pihak dapat meningkatkan pencapaian dan kualiti pengurusan samada di peringkat cawangan. kawasan dan juga negeri Pahang. Segala yang baik itu daripada Allah dan teruskan usaha. Sekian...